Sahabatku

Friday, July 22, 2011

TomYam Seafood..penuhi permintaan anak tekak..



Assalamualaikum..

nanges la dgn line tenet mlm ni dan mlm2 sblmnya..wah ungkit tu hehe..mmg terok giler.. nk msukkan N3 ni pun bersabar dgn sepenuh kesabaran..hampir nak tekan "shut down" dah td..Nsb la perut dah diisi dgn tahap maksima td jd dpt la bersabar dgn byk :P


Mlm ni anak tekak sya request nk mkn tomyam la pulak..ekceli bkn mlm ni yer..dah brmalam2 nk mkn tomyam tp mls thp infinity nk soping brg dapur..td blk keja awal so gagahkan jgk diri singgah pasar jap..dan dapat la beli udang fresh ni..mula2 ingt nk buat kuey teow tomyam..tp bila teringt yg smlm pun dh mkn "family mee" dan dah beberapa hari x mkn nasik..trs cancel..mkn dgn nasi putih jer la..tomyam ni sya x suka sgt byk bnda dlm dia..serabut nnt perut hahha..kalo dah ada udang dgn sotong ni maka sayur2 sila jgn amek hati..anda disisihkan sebentar hekkss...ni la dia kejadiannya :)


Jom la kita share resepi k..

Bahan2 :)
  1. 10 ekor udang, dibersihkan dan toskan.
  2. 4 ekor sotong dibersihkan dan potong.
  3. 1 biji bawang besar, belah 4.
  4. 3 ulas bawang putih diketuk.
  5. 1 batang serai dititik.
  6. 3 helai daun limau purut.
  7. 3 biji tomato dibelah 4.
  8. 3 biji cili padi.
  9. 4 camca pes tomyam (sya guna jenama NONA)
  10. garam secukup rasa
Cara2 :)
  1. Masukkan air ke dalam periuk, tambah bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan cili padi dan pes tomyam. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan sotong. Perasakan dengan garam dan masak hingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan mendidih sekejap. Sedia untuk dihidang.

p/s jgn ikut sgt resepi..try and error jer..tambah bahan ikut selera masing eg. lobak, cendawan, brokoli, bunga kobis dan hias dgn daun ketumbar..yg penting rasa tomyam masih dikekalkan :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D