Yeayyy...it's saturday uolss!! hehe..
So, pepagi ni uolss buat haper? golek-golek atas katil lagi ke..atau dah keluar berpelisiran kat luar tuuuu...haha..hendaknya buat yang elok-elok jer tau!! hujung minggu bukan masa nak kumpul dosa kita yang dah bertimbun ni..tamauuu dating-dating yer adik kakak abang pacik..KECUALI yang dah ada tanda HALAL miahaha...
Pagi ni saya bangun awal sebab bapa kol pagi-pagi lagi, terus dah boleh tido dah..memang niat nak berkemas pagi ni..nak kemas yang sekemasnya sebab dah 2 hari tak sempat berkemas..tapi biasa la montot berat..duduk lagi..online lagi..buat itu buat ini..last2 dapat sms dari abang ipar cakap nak datang..hahhh! hambek ko macam lipas kudung saya mula mengemas haha..
Sekarang dah habis berkemas dah..baju jer tak basuh lagi..nak hantar laundry jer la sebab kejap lg nak balik kampung nanti hujan basah pulak baju..hehe alasan tu tak boleh blah :P
Masa berkemas tadi saya perasan..actually bukan baru..dah lama saya perasan benda ni..setiap kali masak air, tak sempat saya nak minum air yang dah sejuk mesti nak kena buang dan masak baru..habis dah semut datang serbu..oh! sya tanak la jadi pelupa hehe..
Terfikir saya dulu-dulu masa kecik semut datang hurung air manis jer..kenapa sekarang air masak yang tawar tu pun semut nak hurung juga..mungkin ka semut pun dah ada awareness pasal diabetes..hehe..bagus la semut ni..sekurang-kurangnya mereka yang terkenal dengan pepatah "mati semut kerana gula" pun dah sedar..yang tak sedar-sedar lagi ni manusia..makin tak sedar adalah..termasuk la empunya diri yang menaip ni..tiap hari minum minuman 3 in 1..
p/s korang ada petua tak nak halang semut masuk rumah, bosan dah dengan menatang ni..
7 comments:
rasanya kat mana2 tempat pun ada problem yg sama ..nak2 skrg kerap kan perubahan cuaca..
umah akak pun ada semut... gelas kosong yg baru lps kita guna tu pun, bila nak tuang air semula.. alih2 dah ada semut... alahaiii
kt rumah wani pn banyak semut....melampau-lampau betul banyaknya semut eheeee
@Tihara hurm dah tak kira cuaca depa ni kak...sentiasa ada..mungkin musim semut kot haha
@Tihara hurm dah tak kira cuaca depa ni kak...sentiasa ada..mungkin musim semut kot haha
@IntaNBerliaN hhuhhh!! kenapa ek..ada kah ini namanya serangan semut hehe..geram kdg2 baru nak minum air tgk2 dah ada yg kuak lentang dalam tu..
@Wanieys a.k.a IbuQalief nak kena crai petua ni nak halau semut,,nak guna racun takut masuk dalam makanan..mana tahu nnt melekat kat kaki semut pastu dia gi jln2 kat dapur hehe
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D