Sahabatku

Showing posts with label Cerita Kedai Kopi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kedai Kopi. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Jangan Terus Letak Hukum

Assalamualaikum :)

Semalam cuti best kan..hehe..kurang sikit hari yang perlu pergi kerja miahaha..bukan tak ikhlas kerja tp seronok la dapat cuti..boleh juga merempit balik kampung..

Semua kita tahu kan, semalam cuti sempena sambutan hari natal atau hari krismas yang diraikan oleh penganut beragama kristian..dan ramai juga tahu yang sambutan krismas ini adalah sambutan keagamaan.

Ramai juga yang post kat FB dan buat entry pasal hukum orang Islam ucap selamat hari krismas pada kawan2 atau family..yang saya pernah dengar dulu memang hukumnya haram..tak ingat sumber dari mana saya dengar..tp ikut jelah..lepas daripada tu n-memang takut nak wish kawan-kawan.

Ramai yang tak merujuk mungkin terus letak hukum sendiri ikut logik akal..yer..memang logik la kalau nak kata haram sebab seperti kita turut sama gembira dengan sambutan keagamaan orang lain.

Tapi semalam kot, amnesia jap..betul-betul tak ingat hahaha..tp yang pasti saya tengok kat tv..yang tu saya tak lupa..miahaaha..

Saya dengar rancangan BICARA kat tv alhijrah..wah tiba-tiba amnesia sembuh haha..tetamu dalam rancangan tu seorang mufti iaitu Dr Juanda yang merupakan mufti negeri Perlis dan Ustaz Azamir kalau tak silap dari jabatan mufti N9..

Dari situ baru saya tahu, sekadar mengucapkan takde masalah sebenarnya..takde la sampai jatuh hukum haram..sekadar mengucapkan untuk menjaga keharmonian hidup berbilang kaum..yang jatuh haram tu kalau kita buat apa-apa upacara yang memang berkaitan keagamaan mereka seperti caroling ke semua tu..

Saya pun takut nak cakap lebih..kang tersalah cakap pulak..kalau nak dengar dan tengok sendiri boleh la cari kat youtube..kot ada..so boleh la faham lebih jelas kan..hehe..


#sebab takut berdosa saya ucap cepat2 kat kawan saya, dia pun blurr hehe



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, December 23, 2012

Excited nak tunggu tahun baru..

Assalamualaikum :)

Masyukkk la kan bulan ni..gaji masuk plusss bonusss plusss pulak duit OT...lagi best ada pulak tunggakan..bukan satu tunggakan tapi dua sekaligus dapat..syukur alhamdulillah..

Bukan nak riak atau takbur..kalau nak dibandingkan dengan korang berapa sangat la fulus saya tu..tapi tetap bersyukur pada yang memberi..yang maha pemurah..kita hanya berusaha, tanpa izin Allah kita tetap takkan dapat semua yang kita ada sekarang ni..

Sebenarnya niat saya bukan nak cerita berapa jumlah yang saya dapat bulan ni..tapi excited nak buat sesuatu..azam saya tahun depan..hehe..tunggu tahun depan la ek..aci tak? mulai tahun depan saya nak konsisten buat saving at least 10% dari gaji saya..tak nak dah kejap simpan kejap tak..sebab bila fikir balik dah masuk 7 tahun in service tapi saving ciput jer..sakit hati sendiri bila fikir balik..

Susah hati bila fikir kalau ada rezeki berkeluarga nanti takde saving..kalau ada emergency..dah pencen nanti..kali ni memang saya nekad nak plan betul-betul saya punya perbelanjaan..ingat kan nak mula bulan ni sebab ada lebih duit tapi ada jer hal nak guna duit..tapi ni hal penting..sebab tu tak sabar nak tunggu bulan depan..tahun depan nak start buat semua ni..


#kenapa la barang makin mahal..nak berjimat pun susah :(
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Kena jangkitan virus

Assalamualaikum :)

Parah dah saya sekarang ni..sapa yang dapat tolong saya?? Teruk hinggakan nak buat apa tak boleh..sebab tu blog ni terbiar macamtu jer..kalau la tahu macamni jadinya takkan saya nak biarkan diri dijangkiti..

Dah berapa tahun dah saya tak terjebak dalam kancah Kdrama ni, dah insaf sebab ingat diri dah tua takmo la layan cerita2 jiwang-jiwang ni haha..

Tapi ada seorang kawan saya memang teruk dah addicted dengan drama korea ni..memang tak boleh nak bendung dah..siap dengan anak-anak dia sekali pun gila kan apa-apa jer pasal korea..haisshh!

Gara-gara akak ni la saya terjebak semula..cuma sempat tengok beberapa part jer tapi saya dah terjatuh cinta dengan jalan cerita drama ni..ehemm! hero pun hensem walaupun dah tua miahaha..

Eh! lupa nak bagitau tajuk drama tu.."My Love Madame Butterfly"
hehe..saya tengok online..best la cerita ni walaupun sakit hati bila line internet macam ciput jer..tabahkan hati jer demi nak tengok senyuman yang argghh!! melted i tau :P


Drama ni buat saya jatuh hati sebab banyak cerita berkisarkan family yang boleh buat saya mengalir air mata..pasal persahabatan..bukan cerita cinta semata-mata..

Tak sabar nak tengok episod seterusnya, currently episode 21 with english subtitle..sepatutnya episod 22 dah keluar tapi sebab baru2 ni korea ada election so tak dapat nak tayang pulak..drama ni pun sekarang tengah tayang kat TV korea..kira terbaru la.
Tadi tengok dah ada episod 22 dan 23 tapi takde sub..terkebil2 la tengok tak paham apa dorang cakap miahaha..


#masak la nak tunggu sampai 50 episod T__T


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, December 13, 2012

Kalau nak buat baik jangan bertangguh

Assalamualaikum :)

Selalu jumpa ada orang war2kan sekian-sekian orang sakit dan perlukan bantuan..kanak-kanak yang perlukan duit untuk buat rawatan..memang tersentuh melihatnya..ada rezeki lebih dapat lah juga sumbang seringgit dua..tapi yang tu kebanyakannya yang jauh dan saya tak mampu nak hadir sendiri melawat dan mungkin dapat menghulurkan sedikit bantuan serta sokongan moral..

Rasanya berita ni saya tahu daripada kakak saya awal tahun ni juga kot! Budak perempuan ni anak murid dia, dah darjah 5 dan kenal juga la dengan abang-abang dia masa sekolah rendah dulu..kira sezaman la..dan rumah pulak berjiran dengan rumah arwah nenek kat kampung mak..

Kisahnya bila budak ni pernah jatuh basikal dan bermula daripada tu dia asyik mengadu sakit kaki..mungkin tak terfikir sesuatu yang serius parents dia cuma bawa berurut mungkin tersalah urat ke apa kan..banyak kali juga dia mengadu sakit kaki kat sekolah dan dia dihantar pulang ke rumah oleh guru..hingga la pada suatu hari dia jatuh sakit kat sekolah dan agak teruk, cikgu bawa pergi klinik berdekatan..terus kena reffer ke hospital dan reffer lagi ke hospital besar dan seterusnya baru la dapat tahu yang budak ni kena kanser tulang..tak ingat dah masa tu dah sampai tahap berapa..

Banyak kali juga tanya kat mak, budak tu macamana dah sekarang sebab teringin nak melawat dia yang admit kat hospital sebab kena jalani chemotheraphy..tapi asyik tak sempat jer..lama-lama lupa pulak kisah dia..

Sehingga minggu ni kakak ada post kat Fb pasal dia melawat budak ni..katanya dah semakin teruk..sangat kesian tengok dia..saya terfikir nak melawat hujung minggu ni masa balik kampung since dia dah transferred ke hospital daerah..nak belikan dia bantal mungkin supaya dia boleh peluk masa tidur hehe..atau belikan dia bear..tak pernah tau saya terfikir nak buat macamni kat orang yang bukan family saya :(

Tapi tadi kakak sms..katanya anak murid dia yang sakit tu dah meninggal pagi tadi..terus menitis air mata..huhu..sedih sangat tak berkesempatan nak melawat..hanya mampu mendoakan dia agar pergi dengan tenang dan rohnya dicucuri rahmat..

Satu peringatan buat saya..kalau nak buat sesuatu yang baik jangan banyak bertangguh sebelum menyesal sebab bukan setiap kali hati kita terdetik nak buat macamtu..InsyaAllah lepas ni akan buat terus :(
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Diarrhoea..saya give up!

Assalamualaikum :)

Achummm!!! aummmmm!! hahaha..apaker?? yang achum tu terbersin sat sebab berhabuk sikit blog ni miahaha..lama sikit tak hapdet.. yang auuuummm tu pulak saja bagi semangat kat rimau-rimau kita malam ni nak lawan gajah putih..harus ingat dua2 haiwan ini adalah haiwan terlindung..susah nak cari sebab dah nak pupus hehe..ini bukan fakta tp saja memandai :P

Harini dah masuk 3 hari saya kena diarrhoea..dah naik lesu dah muka ni mungkin sebab dehydrated..nak makan minum memang tak lalu sebab semuanya akan keluar semula dengan kadar yang segera tanpa meninggalkan sedikit pun kat dalam perut.

Kurang pasti dari mana tapi yang pasti sebab makanan..tp bila pikir-pikir balik mungkin makanan masa hadiri satu bengkel ahad lepas..yang buat saya rasa pasti tu sebab saya dan boss sya yang pergi dan kami yang kena diarrhoea ni..cuma dia hanya kena sehari jer pada hari selasa dan siap muntah2 lagi..saya sampai ari ni non stop..rasa nak pitam dah..last makan nasi selasa, selebihnya minum air dan makan biskut atau kuih jer.

Ini adalah cirit birit paling teruk saya pernah alami..dan very loose stool..semalam tak tahan kerja half day jer..tadi jumpa Dr and dapat time slip pun kerja half day jer..ikutkan Dr nak jer dia sambung drip..tp kata saya kalau nak tengok saya terus pengsan pasang la haha..tergelak dia..nampak sangat penakut kan.

Baru kejap tadi dah makan antibiotik stat dose..harap2 membantu la..dari awal taknak makan ubat yang hentikan cirit birit sebab takut poisoning nanti tertahan dalam perut pulak..

Harap-harap lepas ni ok la..puas dah tengok toilet lately..hahaha..doakan saya yer! :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, December 9, 2012

Kisah kawan saya :)

Assalamualaikum :)

Kalau masa kat kolej dulu dia senior setahun saya, tak berapa rapat tapi kenal la..kenal sebab dia ni lain sikit..jadi rapat bila dia tercicir batch dia dan terpaksa repeat semester dengan batch saya..

Dia seorang lelaki biasa..atau ada yang kata agak "kurang" biasa..sebab dia ni jenis lembut..bukan yang buat-buat tapi memang azali lagi sebab yang lembut tu cuma suara dia..fizikal cukup lelaki la kot siap bermisai lagi hehe..cakap pula tergagap-gagap dan sering juga jd bahan usikan..ada jugak dia merajuk bila diusik hehe..dia lambat sket belajar tapi sangat gigih..sebab tu saya agak rapat dengan dia..hah! dia suka sgt masak hehe..

Yang saya nak cerita pasal kawan saya ni sebab bila saya fikir balik perjalanan hidup dia macam menarik..mungkin ada juga yang tak sangka..

Last jumpa dia kat Terengganu tahun 2010..dia memang sahabat yang baik..call jer terus dia datang dengan masih beruniform dan terpaksa balik umah mak dia yang agak jauh dengan naik motor tengah2 malam sebab dia siap belanja makan dan bawa kami jalan-jalan pusing Kuala Terengganu hehe..

Masa jumpa kali ni dia masih macam dulu, cakap gagap dan lembut orangnya hehe..kami usik dia dah ada teman ke belum..dia tersipu-sipu hehe..katanya dah tunang pun..hahhh! terkejut kami..senyap-senyap dah tunang dan tak lama lagi dah nak kahwin pun..perghh! caya la..bila kami tanya macamna kenal dengan tunang dia, katanya dia kenal melalui kawan..cuma beberapa kali jumpa dia terus datang ke rumah tunangnya untuk meminta izin orang tua untuk berkawan dan tak lama lepas tu bertunang..kami double triple wooohhh!!!!

Giler gentleman punya kawan ni..bayangkan la masa tu betapa susahnya dia nak cakap..sedangkan orang yang tak gagap pun terus cakap tergagap-gagap bila nak jumpa bakal mertua hehe..dan dia sangat ikhlas sebab dia tak bercinta sehingga la dia dapat green light dari parents isterinya sekarang..tak ramai lelaki buat macamtukan..semua main redah jer..dah puas bercintan cintun dengan anak dara orang baru la nak berkenalan dan mak bapa..

Sekarang kawan saya tu hidup bahagia dengan si cikgu yang cantik kecintaan beliau..



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, December 2, 2012

HALAL jangan pandang remeh

Assalamualaikum :)

Sekarang saya dah semakin berhati-hati memilih makanan yang ada logo HALAL yang sah..ada logo yang tak sah ke?? Ada sangat, jangankan logo halal luar negara logo HALAL Malaysia pun banyak yang tak sah atau dah tak boleh pakai tau..

Saya perasan ramai yang tak kisah pun logo halal ni, bagi mereka cukup la benda tu dah memang sah takde campuran bahan-bahan haram kira halal la..

Tapi bila saya subcribe page Facebook Sahabat Halal Jakim semakin banyak benda yang terungkai..syukur la ada juga yang tergerak hati nak buat page yang sangat bermanfaat seperti itu..

Sedangkan tepung yang kita sangka takde apa-apa tu pun boleh jer orang campur yang bukan-bukan..seperti ada satu ketika kecoh laici dalam tin tak halal..dah sah-sah dalam tu ada laici dan sirap jer..takde lemak apa pun..tapi ramai yang tak tahu pengilang yang sama buat laici tu juga keluarkan produk khinzir dalam tin..so sendiri mau ingat la..

Saya dah banyak kali terbantut nak buat kek yang ada bahan-bahan meragukan..sebab produk tu datang dari luar negara..kalau dah ragu-ragu baik jangan guna kan..tapi dengan info yang diberikan oleh Jakim saya dah tak ragu-ragu lagi..dah boleh hafal sikit-sikit mana logo halal luar negara yang diiktiraf oleh jakim..boleh search jer..kalau nak tahu mana restoran, hotel dan resort yang halal pun ada dalam tu.


#mencari yang halal itu wajib..adakah wajib juga mencari suami atau isteri sebab itu juga halal??
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Anak Gemuk, Salah Siapa?

Assalamualaikum :)

cilok dari SINI
Agak-agak normal tak saiz budak ni dengan umurnya?? sapa kata normal tu tak tahu la nak kata apa hehe..ke ada yang kata comel..

Kesian tengok budak-budak macamni..kecik-kecik lagi dah gemuk..kalau nak kata gemuk sihat dah sah-sah la tak kan..

Ni salah siapa sebenarnya..kecuali ada masalah kesihatan tu lain cerita la, sebab pernah tengok kat TV ada sorang budak perempuan yang family dia agak susah dan budak tu sangat gemuk disebabkan masalah kesihatan tapi tak ingat sebab apa, mungkin hormon kot..

Semua ni berpunca dari makanan sebenarnya..dan budak-budak takkan dapat makanan tu kalau takde yang bagi kan..dan kuasa membeli makanan ada pada parents..so dah terang-terang semua ni salah ibu bapa..agak-agak ni boleh dikategorikan child abuse tak hehe..

Sebagai parents kena la bertanggungjawab pada anak-anak, ni masih kecik lagi..nanti dah masuk sekolah pastu meningkat remaja semakin sukar dorang nak hadapi orang ramai dengan keadaan badan macamni..sepatutnya bagi la makanan berkhasiat dan bawa anak-anak bersenam.

Mungkin parents yang biarkan anak-anak seperti ini dah tak sayangkan anak kot..yelah kalau dah macam-macam penyakit bertandang nanti tak ke naya..

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Saturday, December 1, 2012

Semua Orang Nak Kurus :: Ini Bukan Iklan

Assalamualaikum :)

Sementara ada masa free ni cepat2 buat entry..bila dah start busy cuma mampu jenguk kejap jer kat blog kecintaan ni..nak buat entry, nak blogwalking ke apa memang kurang mengizinkan..

Sejak dua menjak ni..eh dah lama kot! kat mana-mana makin hangat bab produk nak kuruskan badan..dari minuman, makanan, krim, sabun dan macam-macam lagi..kadang-kadang geli hati juga bila baca tuan tanah buat iklan..dok pung pang pung pang jual produk kurus tp yang menjualnya pun takde la slim mana hehe..tapi ada juga yang tertipu..hailaa..

Pulak tu logik tak logiknya..sapu cream jer atau pakai sabun dalam masa 3 hari dah lost inch konon-konon..depa salah pakai penyukat kot :P

Ramai yang ambil mudah semua ni..tak pernah pun nak tahu produk tu selamat ke tak..apa kesan sampingannya..sebab mostly produk-produk kurus yang dimakan atau minum bleh beri side effect pada buah pinggang..so beware!! kalau nak tahu safe ke tak boleh la check kat BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN ..boleh masukkan nama produk dan search..

Agak-agak kalau kalau nak promote pasal senaman atau cara hidup sihat ramai tak yang ambik kesahhh? tak kot kannn...sebab manusia ni ramai suka shortcut..yang pantas kesannya tapi tak fikirkan kesan untuk jangkamasa panjang..


#takgemuktakkurusyangpentingsihat :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, November 25, 2012

WALIku, impian belum kesampaian

Assalamualaikum :)


Gambar kat atas bukan gambar wali band versi kanak-kanak dan orang tua yer hehe..dan yg tecik 2 orang tu pun bukan wali yang saya maksudkan..yang hensem berbaju melayu hijau itu la WALI yang saya maksudkan..

Pasti seorang bapa akan lega jika dapat walikan anaknya..itu la yang ramai orang tua kata,,sebab tu la ramai parents yang risau dan susah hati jika ada anak mereka esp perempuan tak kahwin lagi pada umur yang sepatutnya kahwin hehe..takde la umur anak dara baru belasan tahun dah dok risau anak tak kahwin lagi..

Impian saya untuk melihat ayah saya mewalikan saya masa pernikahan saya nanti..tapi bila tu tak tahu..belum sampai jodoh lagi  :)

Bukan saja tak nak kahwin, tapi siapa la kita nak paksa-paksa benda yang belum nak berlaku lagi kan..saya sendiri tak cerewet sebenarnya..biar tak hensem macam ayah saya hehe yang penting baik dan beriman..

Sabar ek WALIKU..doakan anakmu ini :)


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, November 15, 2012

Keliru..saya duduk rumah ke duduk hostel ni????

Assalamualaikum :)

Hati tengah panas ni..rasa macam nak drill lubang hidung orang jer..huhu..kan dah spoil hari pertama tahun baru saya..tak suka!!!

Dah lama niat nak pasang hiasan-hiasan dinding apartment saya ni..bosan dah tengok kosong jer..tp tak buat-buat juga sebab takde drill dan memang tak reti kot..kalau mengecat bagai pass kat saya..terror hehe..tp bab satu ni memang tak reti la.

Tapi tak tahan dah nak mendecor rumah, nak bagi lawa sket hehe..pinjam la drill BIL saya..

Dah semangat dah nak melubang nak sangkut tempat letak kunci tadi..berpeluh2 saya sebab tak on kipas tanak habuk terbang..

Ngam-ngam dapat buat 2 lubang tetiba drill saya off..habis la..ketor dah saya..tak lama pastu ada orang ketuk pintu rumah gaya bagai jabatan agama nak tangkap orang khalwat jer ketuk rumah haku! saya tanya sapa dia tak jawab, saya memang takan buka pintu kalau sya tak tahu sapa yg ketuk sebab selama ni kalau ada family or kawan nak datang dorang akan bgtau awal-awal.

Bila saya still tamau buka pintu baru dia bgtau dia adalah security..oh ok FINE! dah agak dah kenapa drill saya off tetiba td..bila saya buka pintu saya pun tanya kenapa..dia cakap kamu tengah buat apa tadi? saya bgtau la tengah drill nak buat lubang nak sangkut cermin, dia bagaikan polis pencen cakap nak tengok..then saya tunjuk la kat dia apa bnda sebab kat ruang tamu jer pun..pastu dia bgtau la tak boleh buat kerja time cuti-cuti ni..menggangu jiran..pastu nak buat kerja kena bgtau security..

Alahai HOTnyer la time tu..dah kalau time cuti pun tak boleh buat kerja simple macamtu bila lagi nak buat..kang buat time kerja pun ada gak orang kat kawasan ni..lg pun nak drill dinding jer kot..bukan nak hack dinding ke lantai apa..

Selama ni ada jer jiran-jiran saya yg dok melalak malam-malam..mendrill malam-malam takde hal pulak..takpe la esok saya nak pergi office management nak tanya sket pesal la kami ni tak macam dok kat rumah sendiri..tak serupa dok hostel pula ada warden dok check segala aktiviti *___*
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Tuesday, November 13, 2012

Percaya la ini bukan terapi!

Assalamualaikum :)

Ini berlaku sabtu lepas..lepas habis kerja balik rumah masak jap...biasa la ular sawa, lepas makan tidur jap..letih makkk tau! kalau tak takdenya nak tidur lepas makan..

Niat nak balik kampung pun terbatal..takde mood sangat since i ABC hehe...sebagai wanita cekal harus la keluar membeli belah barang dapur kan..

Barang dapur yang dimaksudkan tersebut hanya la sebungkus bread dan biskut..

Tahu apa yang saya TERbeli..tak sengaja sob..sob T__T


Hello Kitty blanket for my sweetie pie kakak..best giler blanket ni..lembut..kalau tidur kompom lena..selesa sgt..satu lagi Ben10 Blanket for my handsome boy abang..tak sempat snap sebab dah bungkus dan kirim balik kg..hadiah buat bedayboyy!! happy birthday abang...kakak tak beday pun dapat present hehe..

Dan...dannnnnn...Lin Dannnn..haha sot!

Tanpa niat dan memang tak sengaja...saya telah grabbed dis 3 ohsem skirt :P
Try 3 ni bawa masuk fitting room beberapa lama sebab syok sendiri bergaya depan cermin..dan akhirnya keluar dengan muka pasrah.. "saya nak semua ni"..
"baju tanak tengok?"
"cukup la goda saya..dah kopak ni" sedih haha




Memang tak sangka terbeli begitu tamak halobanya..sekaligus..kot yer pun agak-agak la kan..dah melayang RM200 dalam masa berapa jam..OT sehari pun tak lepas beb!

Masa membeli memang rasa seronok beronok ronok..dah dapat pun masih seronok dua tiga ronok..habis masa kat umah dok depan cermin perasan sendiri haishh! saya tak buat..

Ramai yang kata shopping tu terapi di kala jiwa kusut tak boleh nak sikat dah..memang tak boleh pakai langsung kata-kata hikmat tersebut sebab setiap kali tengok baki duit kat ATM..berganda kekusutan jiwa.. *sigh* perpada-pada la wahai sekalian..esp wanita..peace :)


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Saturday, November 10, 2012

Angkara jin atau manusia atau manusia dan jin

Assalamualaikum :)

Hello!! happy sabtuday yer uolss!!
Sekian lama tak hapdet blog tanpa rasa bersalah sikit pun..sekarang muncul dengan jin pulak erk! dengan cerita jin la hehe..

Ingat tak entry saya sebelum ni pasal petua buasir??
Jumaat lepas saya off petang semata-mata nak bawa adik pergi hospital untuk jumpa Dr sebab buasir yang dia dah tak tahan sakit tu..bila dah jumpa Dr..eh MA sahaja pun yg dia jumpa..dapat la ubat..dia bagi ubat lactulose untuk lembutkan najis dan juga ravin enema yang masukkan ke dubur untuk mudahkan buang air besar..tak sesuai langsung ok!! adik saya bukan sembelit pun..last-last saya minta tambahkan supp anusol juga masuk kat dubur untuk kurangkan bengkak buasir.

Bila saya dah nak sampai rumah. adik kol dia cakap keluar darah bila cucuk masuk supp tu..adusss!! dah la jauh sungguh nak ke rumah sewa beliau..baru jer lepas redah jammed hampir 2 jam takkan nak patah balik lagi..

Mujur adik cakap ada juga kawan dia yang ada kereta dah balik rumah..tau jelahkan student..adik saya lesen pun belum ada..so minta ehsan kawan2 jelah mana yang ada kereta..saya suruh dia minta tolong kawan bawa pergi hospital semula..

Saya ni memang jenis panik..tiap 5 minit saya sms tanya apa dah jadi..kot budak tu tengah jumpa Dr jer pun lambat reply saya dah gelabah haha..

Bila dia cerita masa buat pemeriksaan tu (petang ms saya bawa jumpa Dr dia tanak check..malu katanya walaupun MA tu pompuan jer) nurse cakap tu bukan buasir..tapi ada benda kat dalam..dup dap..dup dap saya tunggu sms dia lagi nak tahu apa benda..
dah pikir yg bukan2..ada ketumbuhan ke apa pulak adik saya ni kan..

Dah settle semua baru la dia sms bgtau ada tulang keluar..sebab tu rektum dia bengkak dan jd seperti bisul dan amat menyakitkan..Ya Allah..tulang apa pula boleh keluar kat dubur???
Dia kata ada tulang panjang dan tajam sebesar jari kelingking..
takkan la dia tertelan tulang pulak..kalau iya pun dah sah-sah la dia chocking masa tu..lg pun sebsr jari kelingking tu bukan kecil..

Macam-macam rasa yang saya rasa masa tu...apakah ini??? angkara sapa semua ni..manusia atau jin..atau kerjasama antara manusia dan jin????? ini bukan kali pertama..sebelum ni mak..ada mata kail keluar dr dubur dia.. T___T

Bila fikir-fikir..adakah ini sihir yang dah keluar dari badan...sapa la yang punya angkara..apa lah yang manusia dengkikan sangat dengan kami...huhu..kami takde apa-apa pun..bukan kami kaya sangat..kami tak buat jahat dengan orang..

Ya Allah jika benar ada orang berbuat jahat dengan kami...berikan la mereka petunjuk dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan Ya Allah...ampunkan lah dosa-dosa mereka Ya Allah..



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, November 1, 2012

Buasir, ada petua tak?

Assalamualaikum :)

Petang tadi dapat sms dari kakak suruh call adik sebab katanya adik sakit tapi takde kredit nak call..punya la saya terkunjat baca sms tu, dah la selepas hampir 2 jam baru saya sempat baca sms..dah terfikit yang bukan-bukan..

Terus jer call adik..bertambah risau bila dia tak angkat phone..alahai! saya ni memang fobia sikit bab benda-benda macamni selepas pengalaman dapat call masa arwah abang meninggal, masa kakak kena emergency operation nak bersalin dan masa kakak kol bgtau arwah baby Amir dah takde..memang akan berdebar sangat bila family call atau sms hingga la sekarang..

Bila dah dapat kol dengan nada suara risau sangat-sangat ni..adik boleh pulak gelak haha..sottt! katanya dia kena buasir..terus aya pun gelak sama..tapi katanya dah dua hari dia tak boleh buang air besar dan dah bengkak sangat dah kat "sana"..

Adik kata dah pergi klinik dan dia bg ubat tahan sakit dan ubat buasir 4 biji, dia pergi klinik swasta..setahu saya kalau tengah bengkak sangat macamtu takkan bagi 4 biji jer ubat buasir Daflon tu..uishh! ni la yang orang ramai asyik dok puji2 klinik swasta yang dah makin hilang etika mereka..hanya tahu kaut untung..*sigh*

Maybe esok pagi atau waktu lunch saya akan pergi bawa adik ke klinik sebab dia dah tak boleh nak berjalan, sakit sangat katanya hehe..semalam dalam exam hall dia rasa nak mengelupur jer..dah la budak tu tengah final exam sekarang..kesian..

Kalau korang tahu ada petua nak cuba kurangkan bengkak dan sakit tu share la kat sini..mungkin boleh jadi panduan untuk orang lain juga :
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Wednesday, October 31, 2012

Kaki pemusnah kasut

Assalamualaikum :)

Saya ni nak kata gila kasut takde la juga..tapi boleh la tahan kerap juga membelinya hehe..dan brand yang jadi kesukaan saya adalah BATA.

Tapi dah banyak kali beli kasut ada yang murah dan ada juga yang boleh tahan harganya semua pun tak tahan lama kalau dah sarung kat kaki saya..tensen jadinya..nak kata tapak kaki berduri nampak macam normal jer..jari kaki besar gedabak pun tak juga,,ntah la apa penyebabnya..

Mungkin kah cara berjalan yang agak kurang molek menjadi punca utama?? oh NOOO..saya jalan memang laju dan ganas sket hehe..kerosakan paling ketara dan sering berlaku adalah pada tapak kasut..kadang-kadang tapak kasut haus sebelah dan amat menyakitkan kalau dah berdiri terlalu lama..ada yang koyak la..sedih sangat bila kasut-kasut saya cuma bertahan tak sampai berapa bulan..

Dah la susah sangat nak cari kasut yang sesuai..kalau dah start cari kasut boleh berjam-jam meronda shopping mall..selagi tak puas hati selagi tu akan cari dan compare antara satu sama lain..nak beli yang mahal sangat takut pulak tak tahan juga nanti nyesal.

Ke orang macam saya ni sesuai pakai selipar jer..atau kaki ayam terus heheh...buat habis duit la asyik beli kasut jer :(


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Azam baru di akhir tahun

Assalamualaikum :)

Ingatkan sempat nak bercerita pasal semalam/tadi sebelum masuk ke hari ini..tengok jam dah 12.30am hehe..kira dah rabu la ni kan..

Tadi eh!! yer semalam yg baru jer berlalu saya dan kawan saya Fiona pergi berjogging kat Perdana Park Tanjung Aru..baru rasa nak insaf skit hehe..bila perasan cm tubuh badan agak bertambah jer..

Dengan ini nak umumkan azam saya..tak kira la hujung tahun ke apa nak gak azam baru haha..saya nak pastikan saya akan lakukan senaman sekurang-kurannya 3 kali sebulan..boleh ke??? kita tengok hehe..ni namanya pre-azam..haha..

Tapi kan yang tak bestnya kat tempat kami jogging tu ada bukak Secret Recipe baru..walaweh!! kena plak pergi jogging dengan orang yang boleh jd host JJCM habis la..masa kat jalan lg dah nampak signboard ada SR baru bukak dia dah meleleh air liur haha..
keluar kereta nak pengsan dah hidu bau sedap..baru berapa kalori terbakor p mengkedarah SR pulok dah kihkih..

Terbang melayang gak hampir RM30 sekali makan..hamboi la makan tak ingat dunya! bukan rm30 untuk 2 orang tp tu harga makanan sorang..

Lepas ni betul2 kena insaf..pegi jogging jangan bawa dompet lagi..kang cm bertambah dompet plak makin nipis miahaha..
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha semua..

Assalamualaikum :)

Macam tak terasa esok nak raya..takde buat apa-apa persiapan pun..baju memang tak buat la..malam ni kerja lagi..esok lepas subuh baru la merempit balik kg..nak balik malam ni dah jauh malam pulak..mula-mula berani tp takut pula haha..harap-harap esok tak lewat bangun lg macam raya puasa hari tu terlepas sembahyang raya..


Macamni la sambutan hari raya aidiladha kalau kat sabah..tak semeriah hari raya aidilfitri..kan best kalau meriah macam kat negeri-negeri pantai timur tu..dah la banyak daging masa ni boleh la masak macam-macam..tak macam raya puasa nak dapatkan daging pun susah.


Korang jangan makan daging banyak sangat pula tau! kang tak pasal-pasal tekanan darah semua naik haha! masa ni la unit kecemasan akan sentiasa penuh dengan manusia..yang penting kita sentiasa jaga kesihatan kita..

Salam AidilAdha buat semua sahabat alam maya saya..mohon ampun dan maaf..hati-hati dalam perjalanan dan semoga Allah sentiasa merahmati kalian..muaxxx! :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Tuesday, October 23, 2012

Short Trip to Brunei Darussalam

Assalamualaikum :)


Hey uolss!! 
Lega sangat semalam dapat tidur awal..rasa hilang semua penat hehe..pukul 8 dah terbongkang, kalau ikutkan nak tidur lagi awal sebab memang mata dan otak dah ak boleh bagi kerjasama dari pagi lagi..

Hujung minggu lepas saya dan 3 orang kawan pergi Brunei..pergi 2 hari jer, kami buat road trip..dari sabah tak la jauh mana pun..mungkin dalam 5 atau 6 jam jer, tapi bayangkan la kepenatannya..hari jumaat kerja lagi..sabtu terus gerak ke brunei dan di sana takmau bazir masa yang less than 48hours kami berjalan ke sana sini..ahad petang terus  gerak balik sabah dan isnin kerja..sangat penat..hehe

Saja tak mau ambik cuti..sebab annual leave saya tinggal berapa ketul jer lagi..nak kena save untuk tahun depan InsyaAllah nak pergi tempat lain pula yg lebih sedikit hehe..

Nanti saya akan buat entry pasal short trip sya ni..nak share pengalaman dan mungkin boleh jadi panduan untuk siapa2 yang teringin ke negara kaya minyak tu hehe..


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Friday, October 19, 2012

Aksi terlampau..pelik tapi??

Assalamualaikum :)


Nak tergelak pun ada tengok gambar ni..agak-agak la nak main pun bang..takkan la sampai tertidur kat tempat macamni..

Ni masa balik dari tadika la ni..banyak sangat main kan dah kepenatan..nasib baik tak jatuh dalam bonet..

Anak-anak sedara saya ni kalau dah main memang tak ingat apa la..geng keras dengan si kakak..tapi ini la buah hati kami..hanya ada 3 orang anak sedara setakat ni..rindu nak ada anak sedara kecik lagi hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, October 18, 2012

Tukang Jahit, semakin hilang etika

Assalamualaikum :)

Kejadian ni terjadi 2 minggu lepas lagi kot..hehe dah berhabuk punya cerita..hati yang panas pun dah mula nak suam2 kuku pon..

Tapi tadi terbaca satu entri pasal menjahit terus teringat semula kisah ni..hehe padahal akak tu cerita pasal jahit alas meja..takde kena mengena kot! :P

Saya dan opismate nak buat uniform..ada la tailor kenalan akak opismate tu datang ambik ukuran semua kat opis..saya pun tumpang la sekaki walaupun kain uniform tak dapat lagi hehe..kiranya dah dapat nnt hantar terus jer kat dia tak payah la nak ukur-ukur lagi..

Alkisahnya kain saya lambat dapat so, tak dapat la hantar lagi..makan bulan juga tunggu nak siap yang lain-lain punya walaupun janji sebulan siap..

Tiba-tiba saya dapat kol dari aunty tu, katanya nak datang hantar baju dah siap jahit..dia bagitau la siapa-siapa punya yang dah siap..bila dia cakap sya punya ada sepasang,,terus keluar tanda soal kat kepala haha..magic juga aunty ni..kain tak hantar lagi baju dah siap..

Bila tanya macamana boleh ada baju saya sedangkan kain pun belum hantar..dia cakap dia ada kain lebih..omai daddy!!! apa kena la aunty ni..takpe la suruh dia datang jer saya nak tengok dulu kalau rasa ok boleh la ambik

Bila tengok macam ok juga walaupun kain tak sama dengan kain yang saya punya..

Balik rumah bila try..nangisss!! seluar tak boleh zip..baju pendek..ketat..arghh!! teruk betul aunty tu..takkan la dalam masa berapa bulan dah gemuk sgt, sedangkan masa ukur tu saya suruh besarkan saiz..

kawan-kawan punya pun mmg tak menepati citarasa langsung..ada yang ketat ya ampun..

semakin ramai orang yang kutuk tailor sekarang tak beretika..tak tunaikan janji..kata sebulan..bila datang ambik potong pun belum huhu..padahal bayar advance dah..

ada kawan sorang tu setahun baru siap baju dia..nasib la dia ni jenis yang malas nak marah-marah..

Rasa-rasa dorang ni nak kena report kat pengguna kot baru terasa nak insaf sikit..
TERIMA KASIH SUDI BACA :)