Dah solat maghrib uolss??!
Kalau mana yang dok sabah tu cepat2 la angkat punggung tu p solat..waktu dah sipi2 dah ni hehe..
Kat tanah melayu tak masuk lagi kot..
Meh nak tayang muffin vanilla yang sya buat rabu lepas..N3 tertangguh dan akhirnya tertunggak..haha
Muffin ni sya buat khas untuk cenderahati bagi kat Puan Pengarah Hospital masa majlis perasmian kempen Go Green Unit Farmasi..no more plastic bag yer! jangan lepas ini ada lagi yang sanggup gaduh dengan kami gara2 tak sediakan plastik bag..tak sanggup dah..kan lebih baik duit yang buat plastik tu guna tuk beli ubat byk faedahnya..dan paling penting kita dapat jaga bumi dari pencemaran..
Ok la takmo membebel..
Resepi muffin ni saya culik dari Blog Dapur Tanpa Sempadan em sapa lagi empunya blog terkenal kalau bukan Abang Mat kita..tengkiu abg Mat sbb susah payah kongsi resepi kat blog ni dan senang sya nak culik hehe..tapi gambor sya tak culik.. :P
Jom la kita cikedaut resepi ni..mudah dan sedap walaupn ntah kenapa muffin sya agak jatuh merundum bila dah keluar dari oven..nak kena siasat ni hehe..
Bahan-bahan :
- 250g butter
- 3 biji telur gred A
- 11/2 cawan tepung naik sendiri (SRF)
- 3/4 cawan gula halus
- 1/2 cawan susu segar
- 1/2 sudu besar esen vanilla
- Blueberry Filling *optional
- Kismis hitam *optional
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 180'. Susun cawan kertas dalam tin muffin atau guna cup yang keras so tak perlu tin muffin pun ok..
- Putar butter dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang.
- Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
- Sudukan separuh ke dalam paper cup dan letak filling jika suka kemudian isikan lagi hingga 3/4 penuh paper cup dan letak kismis atau apa2 sahaja hiasan seperti kepingan badam.
- Bakar selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
- Sejukkan atas jaring sebelum dihidang.
p/s ramai yang suka..sya bertambah suka la :) hehe
0 comments:
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D