Sahabatku

Sunday, February 5, 2012

Ish! apa rancangan ni nak sampaikan??

Assalamualaikum :)

Salam Maulidurasul korang! moga kita semua akan terus menyintai Rasulullah dengan mengamalkan sunah-sunah baginda dan moga kita semua akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak..amin :) # anak sedara sya tanya harini harijadi Nabi takde kek ke...aduh! akal seorg kanak2 berumur 4 tahun hehe...

Tadi sya ada menonton satu rancangan kat satu channel yg disiarkan tiap hari ahad jam 6.30pm..lepas upin ipin..korang tau tak rancngan apa tu..mls nak mention kat sini..sapa tau tu tau la..kalo tak tahu kena tgu ahad mgu dpn tgk ek ;)

Nak kata kerap tgk rancangan tu xde la kan..sekali sekala tu ada la juga..rancngan ni agak2 islamik juga la utk remaja muslimah konon2nya..tp byk paparan yg sya agak tak berpuas hati sebenarnya..sedikit sebanyak agak merosakkan  remaja muslimah kerana apa yang dipaparkan agak lari dari ajaran Islam sebenar..bukan ajaran sesat tp tak mengikut landas2 Islam..

Segmen fesyen tunjuk pakaian2 yang tak menutup aurat..yg dikatakan fesyen muslimah..ini boleh mempengaruhi cara berpakaian remaja muslimah kita..

Yang paling sya risau apa yang dipaparkan tadi berkenaan dengan SUSUK....what the.....walaupun mungkin tujuan sebenar nak tunjuk susuk tu tak boleh tp apa yang sya sbg penonton nampak td lebih kepada pengenalan kepada susuk..siap tunjuk lagi cara pakai susuk dan org yang pakaikan susuk tu pula cakap semua kebaikan pakai susuk..kalo orang yang kurang pengetahuan bab agama mungkin akan tafsirkan betapa banyaknya kebaikan memakai susuk...suara latar hanya mengatakan niat tak menghalalkan pemakaian susuk..sepatutnya td ada hujah dr ustaz seumpamanya untuk menyatakan hukum atas pemakaian susuk tersebut agak penonton tidak keliru..kalo hanya sebelah pihak yang berkata kemungkinan penonton akan ambil fakta2 yang menarik jer..yelah sapa yang taknak cantik..disayangi..digilai..murah rezeki...tp hal susuk tu haram mungkin ramai yang akan ketepikan...

risau bila semakin banyak rancngan yang boleh memberi impak negatif pada masyarakat..kena berhati2 dalam memilih rancangan untuk ditonton terutama untuk kanak2 dan remaja..



p/s semakin banyak filem yang tak berkualiti..bukan dr segi lakonan tp dari segi mesej yang disampaikan...
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D