Taddaa!! ada yang terliur tak tgk ciskek pepagi buta ni haha..terliur la sgt kan..mcm la sedap sgt..saja jer update pasal kek yg mebeles ni time2 org tgh dok lapar hehe..mmg niat!! haha jahat kan..
Pestaim tau buat ciskek yg ni agak menjadi..sebelum ni tak berapa mnjadi tp rasa tp mebeles la..credit tu tuan punya asal resepi ni..for those yg tak suka sgt ciskek yang terlalu cheesy boleh la try buat kek ni..mungkin sbb guna slice cheese jer tu yg kurang muak tu..
Tengok tajuk N3 pelik ek..apa ni? blueberry ke strawberry?? hehe..asal nama kek ni blueberry slice cheese cake..tp oleh kerana nak habiskan stok filling strawberry pun sya hentam letak sama dlm kek ni..ala bukan org lain..sekeluarga juga..berry kan hehe..tp blackberry tu bukan family..tu bau2 bacang jer :P
Buat kek ni bawa balik kg semalam..saja nak bawa 'sesuatu' bak kata anak2 sedara sya..yelah bila kami balik kg jer mst tnya ada bw 'sesuatu' tak..hehe cute giler! tp sian depa tak boleh nak mkn kek ni sbb ada telur..depa kena chicken pox la pulak..aduyaiii! sian..kek coklat pun sama gak ada telur..takpe next time buat lg..
Resepi ni sya dah simpan lama tau..dah pernah buat 2 or 3 kali..tp dulu la sblm berblog lg..baru2 ni godek2 dapur kak izahdaut @blog izah muffin lover ..bila tgk mmg tak tahan hati..ptg tu balik kerja trs singgah beli ciskek dan fresh milk..walaupun letih tp gagahkan diri juga buat,,dan happy sgt sbb berjaya hehe..
jom la kita cikedaut resepinya ek! (:
Bahan-Bahan :)
Sumber : Blog Izah Muffin Lover
- 4-5 keping slice cheese (sya guna jenama karft)
- 200 ml fresh milk
- 70g butter (guna marjerin pun boleh)
- 70g tepung gandum (diayak)
- 70g gula halus (sya kurangkan sket)
- 4 biji telur saiz M
- Beberapa titik esen vanilla
Cara-cara
- Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga cheese cair. Pastikan sentiasa kacau.
- Masukkan butter dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan sebentar.
- Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dengan gula hingga menjadi meringue.
- Dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese td, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul. Pastikan tidak berketul. Sya guna pemukul telur je.
- Akhir sekali masukkan maringue tadi ke dalam adunan dan beberapa titik esen vanilla, kaup balik adunan menggunakan senduk.
- Lenser loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak/baking paper. Curahkan sedikit adunan ke dalam loyang. Letakkan filling dan curahkan adunan seterusnya.
- Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, dan turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bakar menggunakan kaedah bain marie untuk mendapatkan tesktur kek yang cantik.
# Tips:
- Pastikan meringue betul2 kental. Untuk nak tahu dah cukup kental ke tak, cuba terbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh..pukul putih telur dengan kelajuan yang tinggi dan dalam masa lebih kurang 5 minit boleh dapat meringue yang kental..meringue yang dah kental juga akan menghasilkan soft peak..
- Pastikan buat meringue tu last sekali, jangan biarkan terlalu lama sebab meringue boleh mencair semula dan takkan dapat meringue yang kental seperti mula2..meringue juga takkan menjadi jika ada tercampur sedikit kuning telur..kena hati2 masa asingkan putih dan kuning telur.
- Cara Bain Marie adalah meletakkan sedikit air dalam loyang berasingan dan letakkan loyang ini di bawah loyang berisi kek bertujuan untuk mengekalkan suhu oven.
- Kalau nak letak filling, blender hingga halus dan masukkan filling dalam piping bag. (Sya tak blend sbb tu habis semua filling dok menyorok kat dasar kek haha dasar sungguh!
p/s sya la tu yang buat meringue awal sgt..kebas tgn pukul balik smpi sedikit kental tp ttp tak sekental yang mula2..ambil pengajaran..ikut step betul2 hehe :)
7 comments:
terngidam lak kek coklat kat bawah tu. hehe.. tq dik sudi try resepi kat blog akak tu. walaupun bukan resepi akak. hehe.. cantik la pulak ku lihat warne warni. nak try idea campur2 starbery ngan blueberry la pulak. nampak cantik kat kek. toceh toce
wah.. cheese cake... fav sya nih!! ni yg dah teringin ni..hihi
aduh...sedapnya...nak try buat la...
@kak izah..sedap betol la kek ni hehe..my kwn2 pun suma suka..tQ kak :)
@intan..cepat2 buat hehe..kita tambah lemak kat badan :P seyes sedap kek ni sbb tak muak..
@mak usu..harus la kan :)hehe
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D