Sahabatku

Friday, January 13, 2012

Mencuba sehari menjadi surirumah..baru tahu susah senangnya

Assalamualaikum :)

Baru la rasa hebak sgt dapat beronline dgn agak laju mlm ni hehe..dua hari yang lepas sya dapat online pun mcm hidup segan mati tak mahu jer rasanya..cheh! berperibahasa la pulak..2 hari yang lepas sya bercuti balik kg, saja nak release stress kerja..lama tak lepak kat kg.

Mula2 niat dalam hati nak rehat serehat2nya kat umah..nak baring..duduk jap..pastu baring..baring dan baring..haha..tp niat kat hati tu just pendam jer sbb takut nnt mak heran plak tgk anak dia ni dah lembik tulang belakang ker asyik baring jer..hehe..acah jer!

Pernah terbaca satu Note kat FB pasal kesusahan seorang ibu menguruskan keluarga setiap hari tetapi orang sering mengatakan betapa bertuahnya seorang surirumah tangga yang tak bekerja cuma duduk kat rumah jer..tiba2 terdetik dlm hati nak cuba macaman rasanya jadi seorang full time housewife..susah ke senang ek?

Kebetulan 2 orang anak sedara sya dah mula masuk tadika..lg sesuai la nak praktik ni haha..mak dgn ayah plak saja amek kesempatan di atas kehadiran sya kat umah tu utk berkebun dan berjalan2 p cari durian..maka saya kesorangan kat umah..

Pagi2 lagi sya dah bangun, lepas solat subuh sya sediakan breakfast..pastu kejutkan anak sedara sya yg kecik2 lg tp liat sungguh nak bangun..mandikan depa pastu siapkan pakai baju sekolah..nsb baik mak depa dah iron siap2 haha..sebab siapkan 2 orang jd mencabar sket..sempat lg la depa gaduh pasal stokin la..nak pakai baju sama la..huhh! pastu satu hal lg nak pujuk depa breakfast..tp terang2 depa takmo! haha..

Hantar plak p tadika..nsb la selang sebuah umah jer..kalo tak penat i tau nak jalan haha..nsb la budak2 ni tak byk kerenah nak tinggalkan kat tadika tu..balik umah jer trs kemas mengemas umah..menyapu bagai..basuh baju pastu jemur..alamak bdk2 dah nak balik..cepat2 plak masak nasi..kuarkan ikan sayur bagai dr fridge..sempat potong bawang jer dah 11.30..kelam kabut siap2 p ambik budak2 tu, kang lambat takut depa ngs plak ingt takde org dtg jemput..

Balik umah. baru ingt nak sambung masak, budak2 ni plak sibuk nak mandi la kencing segala..kena layan dulu..request lg nak makan itu ini sbb lapar sgt tak nak mkn kat tadika..kesian..layan jugak la rebuskan telur..goreng sosej dan nugget..siap...dah jam 12.30 pulak..alamak tak siap masak lagi..last2 dah jam 1, nsb baik la my sis tapaukan makanan..so cancel masak hahah...dah selesai semua baru solat zohor..pastu baru dapat rehat sket sbb kakak sya dah ambik alih jaga anak2 sedara..

penat tak baca N3 ni..sorry la panjang :P

Tu baru setengah hari jadi seorang surirumah, dah terasa mcmna penat dan terkejar2 nak menguruskan keluarga..tak terbayang mcmna mak dulu jaga kami masa kecik..betapa hebatnya seorang wanita bergelar ibu..pendamping sang suami dalam melayarkan bahtera..hebat..sgt hebat..para suami..tolong nilai pengorbanan seorang isteri, jgn mengeluh jika anda seorang sahaja yang mencari nafkah di luar rumah tp fikirkan sama kepayahan suri yang ditinggalkan kat rumah..yang tak henti2 memikirkan apa..apa dan apa lagi yang perlu dilakukan untuk keluarga..dari saat dia mencelikkan mata pada subuh hari hingga lah sebelum dia menutup mata pada malam hari untuk merehatkan badan..

Alangkah bertambah indahnya jika semua ini dilakukan dengan keikhlasan dan kasih sayang :))


p/s tak tahu mampu ke tak jadi sebaik itu..



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

sy pun suri rumah spnuh ms.. jg ank br umo setahun 5 bulan.. setiap hari msk sbb hubby balik lunch..

kdg2 tu terpikir br ank sorg dah penat.. xtaula camne ank dh ramai nanti... hihi

misshannajr said...

InshaAllah pasti boleh..tgk jer mak kita boleh kan..sgt besar pengorbanan seorg ibu :)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D