Sahabatku

Thursday, November 15, 2012

Keliru..saya duduk rumah ke duduk hostel ni????

Assalamualaikum :)

Hati tengah panas ni..rasa macam nak drill lubang hidung orang jer..huhu..kan dah spoil hari pertama tahun baru saya..tak suka!!!

Dah lama niat nak pasang hiasan-hiasan dinding apartment saya ni..bosan dah tengok kosong jer..tp tak buat-buat juga sebab takde drill dan memang tak reti kot..kalau mengecat bagai pass kat saya..terror hehe..tp bab satu ni memang tak reti la.

Tapi tak tahan dah nak mendecor rumah, nak bagi lawa sket hehe..pinjam la drill BIL saya..

Dah semangat dah nak melubang nak sangkut tempat letak kunci tadi..berpeluh2 saya sebab tak on kipas tanak habuk terbang..

Ngam-ngam dapat buat 2 lubang tetiba drill saya off..habis la..ketor dah saya..tak lama pastu ada orang ketuk pintu rumah gaya bagai jabatan agama nak tangkap orang khalwat jer ketuk rumah haku! saya tanya sapa dia tak jawab, saya memang takan buka pintu kalau sya tak tahu sapa yg ketuk sebab selama ni kalau ada family or kawan nak datang dorang akan bgtau awal-awal.

Bila saya still tamau buka pintu baru dia bgtau dia adalah security..oh ok FINE! dah agak dah kenapa drill saya off tetiba td..bila saya buka pintu saya pun tanya kenapa..dia cakap kamu tengah buat apa tadi? saya bgtau la tengah drill nak buat lubang nak sangkut cermin, dia bagaikan polis pencen cakap nak tengok..then saya tunjuk la kat dia apa bnda sebab kat ruang tamu jer pun..pastu dia bgtau la tak boleh buat kerja time cuti-cuti ni..menggangu jiran..pastu nak buat kerja kena bgtau security..

Alahai HOTnyer la time tu..dah kalau time cuti pun tak boleh buat kerja simple macamtu bila lagi nak buat..kang buat time kerja pun ada gak orang kat kawasan ni..lg pun nak drill dinding jer kot..bukan nak hack dinding ke lantai apa..

Selama ni ada jer jiran-jiran saya yg dok melalak malam-malam..mendrill malam-malam takde hal pulak..takpe la esok saya nak pergi office management nak tanya sket pesal la kami ni tak macam dok kat rumah sendiri..tak serupa dok hostel pula ada warden dok check segala aktiviti *___*
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

6 comments:

nenot said...

hahaha..nie betoi2 hot..sabar ye kak

BERT said...

oh kerek sungguh pakgad tu.. sabo jela time awk kene plak yer

IntaNBerliaN said...

eh, biar betoi... org time2 cutilah nak buat kan.. time hari keje, kot lah penat balik dr kerja...

misshannajr said...

@nenot nasib baik boleh lagi sabar hehe..kalau tak mmg ada yg lubng hdg jd 4 td..

misshannajr said...

@BERT ntah la. tak tahu nak kata apa dah hehe..nasib badan

misshannajr said...

@IntaNBerliaN tu la kak..tak agak2 kan..dah la malam pun tak boleh buat..nak kena ambik cuti gak la..

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D