Sahabatku

Friday, November 16, 2012

Bahaya Antibiotik

Assalamualaikum :)

Credit : Blog Ini
Salam Jumaat yang mulia, semoga di awal tahun baru ini semua orang pun baik-baik saja..sihat walafiat dan berbahagia selalu.

Rasanya hampir semua orang pernah makan antibiotik kan..syukur la kalau ada yang tak pernah makan langsung, kira kebal sangat la pertahanan tubuh @ imune system.

Ni saya nak share sikit apa yang saya tahu pasal antibiotik secara bahasa santai supaya orang mudah faham :)

Mungkin ada sesetengah orang beranggapan bila sakit jer contoh demam, batuk, selsema saja mesti nak makan antibiotik..perkara biasa yang kami hadapi kalau di farmasi. Bila bagi ubat dan takde antibiotik terus tak puas hati kata Dr tak bagus la, tak check betul-betul la.

Kadang-kadang sedih juga bila tengok baby lagi dah makan antiobiotik sedangkan sepatutnya baby yang masih menyusu susu ibu takkan perlu makan antibiotik bagai sebab dalam breastmilk sendiri ada antibodi untuk lawan apa-apa serangan kuman..tapi mungkin masih ramai yang tak faham apa sebenarnya penyusuan susu ibu secara eksklusif maka terjadinya serangan kuman pada baby walaupun menyusu susu ibu.

Bayangkan la jika sejak kecil lagi kita terdedah dengan antibiotik, agak-agak kuman tu dah "geng" dah dengan antibiotik..yelah dah dari kecil lagi dah kenal kan hehe..mungkin ada yang kurang faham tentang antiobiotic resistant atau rintangan antibiotik, keadaan ini berlaku jika terlalu kerap pengambilan antibiotik atau pengambilan antibiotik dengan cara yang tak betul menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan kuman atau bakteria mudah untuk menyerang dan tidak lagi kebal terhadap tindakan antibiotik. 

Bila antibiotik jenis tertentu sudah tidak bertindak lagi pada tubuh kita maka terpaksa la antibiotik yang lebih kuat akan diberikan untuk melawan serangan kuman..bayangkan la kalau semua antibiotik pun dah takde kesan kita nak makan apa lagi..

Kalau setakat demam, selsema dan batuk biasa just minum air banyak dan rehat secukupnya..jika perlu makan paracetamol, tapi kena la jumpa Dr juga kalau tak mana nak tahu kita ada jangkitan ke tak kan.

Dan jika korang dapat antibiotik sebab memang ada jangkitan pleaseee!! korang makan ikut waktu yang betul, dose yang betul dan HABISKAN. Kalau korang makan tak ikut waktu, tak ikut dose dan tak habiskan pun akan berlaku resistant, kuman akan semakin kuat dan korang akan semakin lemah.

Tu jelah yang saya nak share pun..since sekarang ni kecoh pasal jumlah pesakit yang semakin ramai resistant antibiotik hinggakan ada kajian nak kena buat pula..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

#Ini hanya sekadar perkongsian semata dan bukan sebagai rujukan, jika perlukan lebih maklumat sila cari di laman web berkenaan.
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

3 comments:

IntaNBerliaN said...

eh, bab antibiotik xmn hbs n xikut waktu tu, cam akak je... adehhhh...

kalau bab baby lak, mmg akak seboleh mgkin xnk biasakan ank2 dgn ubat.. tu yg kalu ank2 xsihat, akak duk pulun bg minum susu byk2...

misshannajr said...

@IntaNBerliaN bahaya tau akak hehe..pasni kalau dah trpksa juga makan antibiotik kena makan ikut masa dan habiskan tau..

Eqa Zulaikha said...

Hmmm kena habiskan lah nampaknya.... x pernah habiskan sebelum ni

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D