Sahabatku

Sunday, August 12, 2012

Tat Nenas Gulung Mat Gebu

Assalamualaikum :)


Dah 3 tahun buat tat nenas ni buat meniaga..resepi asal dari Blog Abg Mat @ Dapur Tanpa Sempadan biasa la siapa lagi kan hehe..sumber utama nak cekau resepi..dah minta izin dr tuan tanah tau sebab tak sedap juga kan guna idea orang untuk meniaga..tapi abg mat kata takpe guna jer..Alhamdulillah..lega rasa semoga rezeki abang mat akan bertambah dan semoga ilmunya juga akan sentiasa bertambah..boleh share dengan kami..amboiii!! ada udang di sebalik mee kari plak yer doa tu hehe..gurau jer, sya ikhlas doakan abg mat kita ni..


Setiap tahun ni adalah permintaan top dari kawan-kawan, sebab susah nak cari tat nenas gulung sekarang..tak ramai yang sanggup buat..penat tu jangan cakap la, nasib tak masuk dalam oven jer tidur jap haha..ada yang terbakor kang.

Rasa tu memang tip top la, walaupun huduh sikit kihkih..bukan nak bangga diri tp resepi abg mat ni memang mebeles..rapuh kat tangan hancur kat mulut haha..

kali ni relax sket so boleh la nak share resepi dengan uolss..sempat lagi ni kalau ada yang teringin nak membuat..malam raya nnt pun boleh buat..lagi bagus sebab takde la buat 2 balang esoknya dah tinggal 1/2 balang jer haha..memang tak berhenti nak makan tau..lagi-lagi kalau intinya besar muahaha..

Jom la semak resepi..jangan nak melalut sangat :P

Bahan-bahan :
  1. 230g high quality butter saya guna butter biasa jer
  2. 400g tepung gandum* saya guna tepung hong kong..jauh tu nak p beli hehe
  3. 40g tepung kastad* (*satukan dan ayak)
  4. 50g gula aising saya kurangkan sikit
  5. 2 kuning telur
  6. 1 camca teh esen vanilla
  7. inti nenas secukupnya, gentel sebesar jari kelingking..untung la kalau jari besar haha
  8. kuning telur untuk disapu
Cara-cara :
  1. Putar butter dan gula aising hingga sebati. Tak perlu kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan perwarna. Putar lagi sehingga sebati dan gula aising tidak berketul.
  3. Slowkan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut..kalau doh dah ok tak perlu tambah tepung. Matikan mixer, ratakan adunan kemudian tutup dengan tuala dapur yang lembab dan bersih, biarkan sebentar
  4. Isi doh ke dalam acuan tekan yang dipasang muncung..tekan hingga habis. Letak inti nenas dan gulung kemudian masukkan ke dalam dulang pembakar.
  5. Sapu kuning telur..saya tak buat so kalau nak abaikan step ni pun ok.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 20-25minit atau hingga kuning keemasan.
  7. Keluarkan tat dari oven, biarkan sejuk kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

#Nak tunjuk bentuk acuan tu sebab ramai tak tahu tapi tak jumpa gambar..yang saya ada kat kampung la pula..

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

9n0L4 said...

mmg gebu ni. hehe. sedapnyeeeee. ;)

aida hamzah said...

tq

aida hamzah said...

tq

Anonymous said...

Alhamdulillah.... Tq

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D