Rasa macam hari ini dalam sejarah pulak bila buat entry selang berapa jam hehe..nampak sangat takde kerja kan :P
Beberapa hari ini isu Rohingya agak panas..saya cuma tahu isu ini dari facebook sebab tak baca paper dan juga tak tengok tv..
Mula-mula memang tak tahu apa..saya mengaku baru pertama kali dengar "Rohingya"...teruk betul kan..
Bila baca sedikit-sedikit saya dah mula faham apa situasi sebenarnya..sedih sangat baca berita berkenaan isu ni..mereka saudara seaqidah kita..siapa sanggup melihat atau mendengar saudara sendiri ditindas..malah lebih dari penindasan sebenarnya..mereka dibunuh..dirogol hingga mati..tempat tinggal mereka dimusnahkan..hak mereka dipertikaikan..mereka merempat di negara mereka sendiri..
Saya mengaku dengan rendah diri,,sebagai insan saya tak mampu nak lakukan apa-apa buat mereka selain berdoa pada Allah SWT agar mereka diselamatkan dari semua ini..nak menderma tapi tak tahu mana nak salurkan sebab sekarang ni macam-macam cara orang nak cari duit..hal macam ni pun ada yang sanggup buat penipuan..
Nak pergi tolong mereka kat sana sah-sah la lagi tak dapat kan..
Tapi saya hairan kenapa semua seperti membutakan mata dan memekakkan telinga dengan isu ini..mana negara-negara Islam..mana PBB..memang mereka cuma minoriti tapi mereka juga manusia..mana perginya hak kemanusiaan yang dicanang-canang kalau tak mampu nak memperjuangkan hak sebenar kemanusiaan..atau mereka pilih bulu..
Negara kita sendiri juga nampaknya belum ambil apa-apa langkah untuk membantu negara seASIA kita..takkan nak tutup mata jer..mana perginya MERCY takkan nak bantu cuma kat tempat yang dapat liputan akhbar-akhbar antarabangsa sahaja..
Sebenarnya ramai yang ingin membantu tapi tidak tahu bagaimana..jika sekiranya kerajaan melakukan sesuatu seperti pengumpulan dana pasti ramai yang yang akan menghulurkan bantuan..rakyar Malaysia masih berperikemanusiaan dan masih ingin ambil tahu..
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
nak lebih info klik sini --------> Rohingya:: Ummah yang dilupakan
P/s sedih melihat mereka
6 comments:
Hmm semoga mereke diperkuatkan ! Kita ni semoga dijauhkan dari bahaya begitu..
@keli menari InsyaAllah amiin :D
a'aa mmg sedih bila tingat pasal hal ni..
ye..peliknya sbb tiada mana2 bdn pun yg ambil peduli. pelik mmg pelik... malaysia negara islam tp mcm buta tuli. senyap.bisu. so sad..
@IntaNBerliaN mereka takde sapa peduli :(
@ishy77 mungkin sebab mereka minoriti..ntah la tapi semoga Allah bantu mereka..
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D