sob..sob..sedih lagi ni..pagi tadi kawan-kawan saya dah balik..cik nixie fly awal sgt..bgn seawal 5.30am htr dia pergi airport..nasib baik la airport terminal 1 dekat jer..Cik Mia pula fly pukul soploh kat terminal 2..sunyinya la hidup sya..kembali la saya forever alone hehe..
Ni nak cerita aktiviti kami malam kelmarin..kami pergi rumah arwah sahabat kami..hurm! nak melawat anak-anak arwah Nurul and Haikal..dah jadi satu kemestian kami untuk lawat ibu dan anak-anak arwah..
Budak-budak ni excited kemain lagi..kata umi mereka dari malam lagi ready nak jumpa kami hehe..nakal sungguh..
Ingat kan nak jumpa kat rumah jer..tapi bila kami dah nak balik tiba-tiba dorang cakap nak ikut jalan pulak..alamak! sya tak berani sgt nak bawa anak orang jalan-jalan ni..kang jadi apa-apa risau pula kan..tapi dorang tak puas hati..siap kol lagi daddy dgn umi dorang minta kebenaran keluar..parents dorang bagi pula tu..kalau saya jgn harap la nak bagi orang bawa anak saya hehe..
Kami pun bawa la juga..mula-mula katanya nak pergi 1Borneo nak pergi main game..tapi parents dorang tak setuju sgt..saya pun tak berani sebab jauh lagipun hujan lebat masa tu..
Last-last kami bawa dorang pergi rumah nenek dorang..rumah babu mak arwah la..kesian tengok babu macam dah lama sangat tak jumpa dengan dorang..dia peluk cium la cucunya yang dua orang tu.
Lepas pergi umah babu kami pergi pula kat perdana park..budak-budak ni nak pergi playground..sabor jelah nakalnya hehe..penat la kami berlari ke sana sini kejar dorang..takut hilang plak anak orang kan..habis basah main dengan air pancut..
Dah puas main-main dorang ajak makan pula..lapar kata dorang..ada-ada jer la budak 2 orang ni hehe..layankan jelah..bukan selalu jumpa pun..kami sebenarnya pun lapar sgt masa tu..lain lagi kes masa makan..tak nak duduk diam..makan pula cerewet..kesian tengok dorang..kalau la mommy dorang masih ada mungkin takde la jadi macamni kan..bukan nak kata mak baru dorang jahat ..takk..umi dorang baik sgt..tp msti la lain juga dari ibu kandung kan..
Sayu juga hati tengok budak berdua ni..iras rupa mereka saling tak tumpah macam arwah..perangai Nurul pun lebih ikut mommynya..suka amik gambar dan sangat tak tahan pedas..
Kami hantar dorang balik rumah pun dah lewat..jam 9 malam..masa kat dalam kereta dua-dua menyerah kalah dan akhirnya tertidur sorang kat riba dan sorang lagi dlm dukungan cik Nixie..cepat jer dorang mesra dan manja..
Ya Allah Ya Tuhanku..cucuri la rahmatMu ke atas arwah Ninawati..semoga dia akan selamat di akhira nanti..semoga sahaja anak-anak yang dia tinggalkan didunia ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah..
Nina..
anak kau sudah besar..
sudah pandai bergaya pun si Nurul
Haikal pun handsome hehe..
walaupun pelbagai dugaan kau tempuhi
akhirnya Allah kurniakan juga kau sepasang anak yang ko tinggalkan didunia ini..
buat pengubat rindu orang-orang yang mengasihi kau..
p/s Ajal tak mengira umur..
1 comments:
serius budak tu tiga2 comellll sngt O.o
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D