Sahabatku

Thursday, January 19, 2012

Kek Coklat Moist::ada yang mengidam

Assalamualaikum :)






Kek coklat lagi....sory la uolss..asyik bnda sama jer tayang hehe..biar la kalo ada yang nak cakap sya ni reti buat kek coklat jer haha..tp yang sgt lain dr kek coklat yang pernah sya try sebelum ni..ni kali kek coklat versi bakar pulak..bukan pakcik bakar yang punya tau..pakcik oven yg punya..sbb dia yg tolong masak haha,,..

Ok kali ni cilok resepi dari sapa lagi...hehe smestinya abg chef kita yang terkenal semalaya tu...nasib baik tak jadi juri maharaja lawak kalo tak dah pemes mcm chef wan..opsss!! dah..dah jgn mengarut..resepi ni sya ambil dr Abg Mat kita empunya blog Dapur Tanpa Sempadan ..tQ so much Abg Mat sbb sudi share mcm2 resepi :)
Nak lebih power try jenguk la blog beliau..

Alkisahnya terbuatnya kek ni sebab ada sorang kawan tu tgh pregnent..tetiba masa kami dok chat dia kata mengidam kek coklat sya..fuhh!! berat ni haha..dia pernah makan kek coklat kukus sya YANG INI ..Allah, budak ni pun..tgh kita malas tahap maksima ni pula la nak mengidam bagai..hurm! tak nak tunaikan tak sampai hati..mlm tu juga kuatkn smngt nak buat tp tak berjaya merajinkan diri..mlm td baru la berjaya meloloskan diri dari kemalasan yg hebat itu..

Sya buat dua adunan sbb nak bawa pegi ofis..tau jer la org kat ofis tu ramai..kang buat satu adunan mmg tak cukup la..tp yg tak best nya bila sya bgtau member sya dah buatkan dia kek tu dan suh ambik kat umah mlm ni tetiba dia ada halangan la pulak nak dtg..huhu..apa nak buat bukan rezeki dia dan si baby la kot..sok bawa balik kg jer la walaupun baru lepas buat Blueberry slice cheese cake td buat khas tuk family kat kg..nak resepi nnt sya update k..kalo sempat sok..
jom semak resepi yokkk...


Sumber : Blog Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-Bahan :

1 cawan tepung kek/tepung gandum *sya guna tpg gandum jer
1 camca teh serbuk penaik (gaul bersama tepung dan ayak 3 kali)
1 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 butter
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh serbuk nescafe*
1/4 cawan gula halus*  ( sya kurangkan sedikit)
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair* (*satukan untuk dijadikan paste coklat)


Bahan Coklat Ganache

200g coklat masakan
150ml UHT Whipping Cream * sya guna 100ml susu cair..
1 camca teh butter



Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak (baking paper). Ketepikan.
  2. Pukul Butter dengan gula perang hingga menjadi putih. Masukkan EV dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed. Masukkan sedikit demi sedikit tepung secara berselang seli dengan coklat paste, ulang hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45-50 minit. Sejukkan sebelum hias dgn coklat ganache atau ikut kreativiti masing-masing
Cara buat Ganache: Satukan coklat masakan dengan susu cair dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara kaedah double boiler, bila coklat telah larut matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Tuangkan ke atas coklat yang telah sejuk. Tunggu sehingga ganache sedikit keras sebelum menghias.

#Tips
  1. Bakar ikut kesesuaian suhu oven anda..kalo rasa tak yakin kurangkan sedikit suhu dan lebihkan sedikit masa untuk membakar..
  2. Ada yang tak tahu kaedah Double Boiler? Letakkan bekas tahan panas ke dalam air yang mendidih dan biarkan bahan larut dlm mangkuk tadi.

p/s happy bila org makan dan cakap sedap..tp tak tahan bila suruh buat lagi..hahha..tak larat dowh!





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

3 comments:

Cik FaRiZaM said...

terliur la tgk...coklat dia..perghhhhhhhhh...kalau buat sendiri lg la best , leh tmbah 2 3 kali..hehehe

misshannajr said...

try ka buat..sng jer kan hehe..mmg boleh tambah 2 3 kali tp yg buatkan cukup la 1 jer sbb org kata dah knyg bau dah haha :)

Miss Nadya said...

sedapnyer..:)

eh says nad ok jer..entry tu untuk pengajaran buat mereka2 yg suka paksa org klik iklan..

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D