Sahabatku

Tuesday, December 6, 2011

hidup bagaikan roda yang berpusing..

Assalamualaikum :)

Petang td masa balik kerja ada sorang kakak tu tumpang keta sya balik umah..masa dalam perjalanan tu dia pun cerita mcm2..sya dok layan jer la..dia cerita pasal anak dia yg kebetulan junior sya sama2 di bawah satu tajaan masa sekolah menengah..tp tak kenal pun sbb super junior rasanya hehe...

Kakak tu terus terang cakap anak dia mmg anak yg bijak..UPSR dapat 5A sbb tu dapat masuk kat sekolah yg terkenal kat N9..sng ckp setiap exam besar mst anak dia dpt cemerlang la..SPM pun sng2 jer dpt 12A..tp pelik jgk kakak ni kalo kita anak yg bijak cmtu mst bangga kan..ni tak..muka dan nada suara dia mcm sedih jer..

Memang akak tu sedih sbb bg dia hnya sia2 anak dia dikurniakan dengan akal yg bijak mcmtu sbb dengan kebijaksanaan tu dia jadi anak yang sombong..anak yang sering menyakiti hati ibu..si anak tidak bijak dalam menghadapi dugaan hidup bila bergaul dgn anak2 org kaya dia lupa diri..tidak ingt dimana dia berpijak sedangkan si ibu hanya seorang ibu tunggal..hampir2 si ibu kehilangan anak sbb sudah tidak mampu untuk mengawal anak yg semakin ego dan sombong..bayangkan si anak baru sahaja umur belasan tahun ketika itu..

Selepas saja habis SPM dengan keputusan yg mantap si anak nekad untuk menjadi Doktor, tp si ibu trfikir kalo hanya dengan dugaan kecil sebelum ini dengan bergaul dgn anak2 orang berada sdh mampu mmbuatkan si anak lupa daratan, mcmana pulak kalo sdh memasuki alam universiti..lalu si ibu berkeras tidak bersetuju dan dia punya rancangan sndri..dia paksa si anak masuk kursus kejururawatan..dia yakin dengan cara ini mgkn si anak akan merasai hidup sedikit susah..merasa untuk hidup bermula dari bawah dan tidak selama2nya berada di atas..dan syukur walaupun pada mulanya si anak memberontak tp akhirnya dia sedar sendiri akan kesilapannya..dia mula berubah jd anak yg lebih baik..lebih tahu menghargai segala pengorbanan seorg ibu..sudah tahu mengucapkan kata rindu pada si ibu kalo lama tak bertemu..

Ternyata Allah ada setiap perancangan untuk kita..mungkin kalo si anak menjadi seorang Doktor mungkin dia langsung tidak ingt lg akan ibunya atau dia jd seorg Dr yg sombong..bukan nak ckp jd Dr tak bgs atau Dr ni mmg sombong..kejayaan itu juga ujian..kekayaan..kecantikan..semua boleh memusnahkan kita jika tidak tahu bersyukur pada Allah..

Boleh nampak kan apa mesej pada cerita sya ni..bersyukur atas nikmat dan kurniaan Allah SWT..tidak semua org akan dapat kelebihan yg kita ada..


p/s berada di jalan yang lurus juga boleh terbabas sendiri..it's ok..yang penting kembali semula ke jalan yg lurus itu :))






TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D