kek span original..xde perisa hehe |
selepas transform jadi yam cake.. |
Taip N3 ni sambil mata dah tertutup separuh..malas nak layan kerenah mata yg asyik ngantuk ni haha..saja nak seksa tgk skrin lappy ni biar mata jd terang benderang..memang letih sebenarnya sbb dr pg lg ada aktiviti, join perarakan sambutan Maulidur Rasul tp tgu sat gi la baru nak tidur..mlm td dah miss dose ubat sebab tdr awal..
Bila takde masa nak update blog mula la idea nak buat N3 mencurah-curah, tp masa nak update beku terus otak rasanya hehe..
Malam ni nak share dengan korang resepi kek span yang paling lembut..lebih lembut dari yang jual kat kedai kot! ye..ye jer kan hikhik,,tapi seyes memang sangat lembut..sangat mudah dan sangat simple bahan-bahan nak membuatnya..
Ada kawan suruh buat yam cake..ah! sudah mana nak cari resepi kek span ni..pening kepala doh! haha..jarang sebenarnya buat kek guna kek span ni..sebab tak suka main dengan cream..sebab tak suka nak basuh pinggan mangkuk yang dah kena dengan cream..sebab tak suka makan kek yang ada cream walaupun kek tu orang lain yang order dan saya tak perlu pun nak makan hahaha..konkrit tak alasan saya..
Malam tu sya pun godek-godek resepi kek span yang saya rasa ok..jumpa satu resepi tu sya terus try buat..tp tgk batter tu pun sya dah rasa lain macam dah..pesal batter ni pekat semacam dan tak rasa pun akan naik cantik kek span ni..dan bila dah masak sah-sah la jadi macam besi pencuci kuali..takde maknanya nama span..kata sya yang kecewa walaupun member sya kata ok la juga cuma tak naik tp rasa mcm kek span juga..
Tanpa rasa putus asa sya pun cuba lagi satu resepi yang agak ramai juga orang bagi feedback yang positif..nasib baik la masih ada telur..kalau tak nangis la malam-malam kedai semua dah tutup..
Moh ler kita tengok-tengok resepinya ya..kot ada berkenan sila-sila la buat..memang tak nyesal punya..
*Resepi asal adalah untuk kek span pandan, resepi kat bawah ni sya dah derhaka buat kek plain sahaja..nak tengok resepi asal boleh tengok kat My Resepi kek span pandan..*takde link la
tapi ramai juga akak-akak blogger kita yang dah buat kek span pandan ni..mengancam hijaunya hehe
Bahan-bahan :)
- 150g tepung superfine
- 150g gula castor (tak nak manis kurangkan sedikit)
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu besar ovalette (15ml)
- 80ML air
- 80ML minyak atau butter cair
- 1 sudu kecil esen vanilla (5ml)
- 1 sudu teh serbuk penaik (5ml)
Cara-cara
- Satukan tepung, gula, ovalette dan serbuk penaik dan telur dalam satu bekas dan pukul hingga gebu dan pekat selama lebih kurang 5 minit menggunakan kelajuan yang tinggi.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan air dan esen vanilla..pukul lagi kira-kira 2 minit atau hingga adunan betul-betul ringan.
- Tuangkan minyak ke dalam adunan dan gaul sebati secara kaup balik sahaja menggunakan senduk.
- Griskan bahagian bawah loyang dan alas dengan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150'-180'c ikut jenis oven selama 45minit atau hingga masak. (panaskan oven terlebih dahulu)
- Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai selama lebih kurang 5 minit.
- Boleh la dihias ikut kreativiti atau makan begitu sahaja pun sodap
#tips
- Nak masak kek span tak boleh gris tepi loyang dengan butter atau margerin..hanya bawah loyang sahaja yang perlu digris.
- Jangan pukul adunan selepas masukkan minyak kerana ini akan menyebabkan udara-udara dalam adunan tu hilang dan boleh menyebabkan kek jadi bantat.
p/s bagi tips bukan sebab pandai tp sekadar berkongsi ilmu :)
3 comments:
ala sedapnye. kat umah takde oven la nak buat kek :(
kenapa kek sy kurang jadi .. seperti gambar kek di atas . . .
mcm bez ja..mohon ambik resepi ni ye sis..tq=)
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D